ADAM DAH INSAF (A.D.I)

wazza wazza marilah joint saya
jika anda meminati atau mencintai industri music tanah air
jika anda inginkan
marilah sama-sama kite joint group ni agar tamabah lagi merapatkan hubungan sesama kaum..

Rabu, 13 Februari 2013

http://www.top5reason.com/wp-content/uploads/2011/05/Ayu-Raudhah-Zaquan-selamat-diijabkabul.jpg

5 alasan yang salah sekiranya anda ingin berkahwin


 Tarikan seksual- Terlalu ramai yang terkeliru dengan tarikan seksual ataupun cinta yang sebenar, dan ini menjadi punca utama mengapa sesetengah perkahwinan hanya berhasil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Sekiranya seseorang meletakkan tarikan seksual sebagai asas perhubungan mereka, apabila berkurangnya tarikan seksual itu, perasan mereka terhadap pasangan juga akan turut berkurang. Tidak dinafikan seksual memang penting di dalam perkahwinan tetapi ia seharusnya tidak diletakkan sebagai perkara yang utama, ia juga perlu disusuli dengan kamunikasi, perkongsian hidup, perancangan keluarga, kerjasama dan sebagainya untuk perhubungan yang lebih panjang.
Obsesi- Obsesi adalah merupakan suatu kegilaan untuk anda mencapai objektif tertentu dengan berkahwin dengan pasangan anda. Sebagai contoh, mungkin usia anda sudah lanjut, anda berkahwin hanya mahu untuk mengelakkan daripada orang lain memanggil ‘anak dara tua’. Ia terlebih awal menunjukkan objektif anda berkahwin hanya untuk mengelak daripada menerima gelaran dan bukannya perasaan cinta yang dipupuk. Pada kebiasaannya, apabila anda sudah mencapai sesuatu objektif itu, perasaan anda terhadap perkahwinan juga akan berkurang.

Memikirkan perkahwinan akan menyelesaikan masalah- Mungkin sebelum ini pasangan anda seorang yang panas baran atau pemarah, anda merasakan dengan perkahwinan mampu untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung selama ini. Ianya mungkin berhasil tetapi peratus lebih tinggi menunjukkan anda akan menghadapi kekecewaan. Perkahwinan seharusnya dilakukan dengan hati yang terbuka dan persedian anda terhadap pengorbanan yang sanggup anda harungi bersama-sama pasangan.
Terlalu mudah jatuh cinta- Ini juga merupakan salah satu masalah yang sering menjadi kekeliruan terhadap seseorang. Adakah anda betul-betul yakin apa yang anda rasakan itu adalah cinta? ataupun hanya pelengkap apabila anda berasa sunyi atau kebosanan? Dan ia akan terus berulang dan seterusnya? Anda pasti ada jawapannya. Masalah ini agak sukar dihuraikan, anda seharusnya lebih mengenali diri anda yang sebenar. Perasaan harus sentiasa dipupuk dan bukannya dibiarkan begitu sahaja mengikut peredaran masa.
Untuk melepaskan diri- Mungkin sebelum ini hidup anda dihimpit dengan pelbagai masalah dan anda berkahwin hanya untuk melepaskan diri daripada masalah itu. Sememangnya tujuan perkahwinan adalah untuk berkongsi susah dan senang tetapi anda seharusnya tidak membiarkan pasangan anda menjadi mangsa keadaan terhadap permasalah anda. Ini menunjukkan anda hanya mempergunakan kesetiaan yang mereka berikan. Pada kebiasaannya apabila sesuatu masalah itu selesai, anda dengan mudah akan melupakan mereka.

Tiada ulasan: